Hari ini aku di belakang. Ditinggalkan atau katakan dengan jujur membiarkan diri tertinggal oleh rakan-rakan selapis yang datang ke Mesir menuntut ilmu di Jabatan Syariah Islam, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Al-Azhar. Aku di tahun empat manakala mereka sudah pun mengisi kertas temuduga untuk pengajian Ijazah Lanjutan Fakulti Syariah Al-Azhar. Mereka sudah memiliki segulung ijazah sebenarnya!!
Aku sebenarnya ingin menggariskan sudut-sudut positif dan negatif bagi keadaanku yang sebegini; tertinggal dibelakang sahabat seperjuangan. Mungkin di sana tersimpan hikmah yang Allah sembunyikan untukku di kemudian hari. Aku harus melihat dan meneliti sudut-sudut tersebut sambil merancang untuk mengembangkan kemampuan diri sendiri.
Tahniah buat sahabat seperjuangan yang sudah melepasi satu tangga akademik yang penting. Tahniah buat:
Abdul Wahid bin Ishak (Kedah)
Mohd Azim bin Omar (Kedah)
Mohd Hafiz bin Jamaludin (Selangor/Pulau Pinang)
Mohd Firdaus bin Mazlan (Selangor)
Abdul Karim bin Aziz (Perlis)
Muner Kidu (Kedah)
Bagi sahabat-sahabatku yang akan menempuhi peperiksaan 'tasfiah' diharap habiskan segera kerana untuk mengulangi satu atau dua subjek tersebut dalam masa setahun lagi merupakan satu benda yang boleh diistilahkan sebagai 'tak padan'. Apa pun moga berjaya! Rabbuna yusahhil.
Sekian Akhukum Firdaushat.
Pelajar Tahun Empat,
Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan