
Berakhirnya ujian lisan dan ta'yin pada tanggal 16 Jun memberi ruang nafas baru kepadaku. Ramai teman bertanyakan kemanakah akan di sambung pengajian. Berkali-kali aku meminta pendapat ahli keluarga, teman dan senior. Kebanyakkannya menjurus supaya terus sahaja sambung di sini, Mesir bumi barakah. Ada juga yang mengisyaratkan supaya cepat-cepat pulang ke tanah air. Masters di sana lebih terjamin.
Compare p compare mai tak boleh buat keputusan. Serabut kepala otak. Tapi cadangan yang satu ni lebih bernas. Menulis di universiti tempatan dalam masa yang sama terus mendalami ilmu di bumi berkat Mesir. Capaian akademik lebih terjamin dan berpeluang menyelam di dalam samudera ilmu tidak terlepas.
Walau apa pun aku tetap tidak boleh terus sahaja melulu membuat keputusan. Terdapat satu kemungkinan lagi yang perlu dipastikan. Mampukah aku lulus dengan baik. Jika jawabnya Ya! maka terus jalan, dan jika tidak maka plan B is there.
Terima kasih dan sekalung pernghargaan dan ucapan jazakumullah kepada family dan teman-teman atas dorongan dan harapan yang diberikan. They had tried their best. I must to be the best!!

1 ulasan:
kawen la dulu ust...pastuh baru pikiaq mengaji mana..haha
Catat Ulasan